Sunday 31 July 2011

Pesan Roh Kepada Manusia


Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut".Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing- masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata: Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain mas uk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Ji bra il A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka..
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sumber : http://inteam-dehearty.blogspot.com


Monday 20 June 2011

Kumpulan Dosa Besar dalam Agama Islam


7 Dosa Besar
1. Mempersekutukan Allah (Syirik)
2. Sihir
3. Membunuh
4. Makan harta riba
5. Makan harta anak yatim
6. Lari dari medan perang (Jihad)
7. Menuduh wanita baik-baik berbuat Zina
17 Dosa Besar
Pertama, 4 macam ada di hati :
1. Syirik
2. Terus-menerus melakukan kedurhakaan
3. Putus asa dari rahmat Allah
4. Merasa aman dari murka Allah
Kedua, 4 macam ada di lidah :
1. Kesaksian palsu
2. Menuduh wanita baik-baik berbuat Zina
3. Sumpah palsu
4. Sihir (mengucapkan mantra-mantra Sihir)
Ketiga, 3 macam ada di perut :
1. Minum khamar
2. Makan harta anak yatim secara zalim
3. Memakan riba
Keempat, 2 macam di kemaluan :
1. Zina
2. Homoseks
Kelima, 2 macam ada di tangan :
1. Membunuh
2. Mencuri
Keenam, 1 macam ada di kaki :
1. Melarikan diri dari medan perang (Jihad)
Ketujuh, 1 macam ada di seluruh badan :
1. Durhaka kepada orang tua
70 Dosa Besar atau Kaba’ir dalam Islam adalah sebagai berikut :
1. Menyekutukan Allah atau Syirik
2. Membunuh manusia tanpa alasan yang dibenarkan dalam islam
3. Melakukan sihir
4. Meninggalkan shalat wajib
5. Tidak mengeluarkan zakat
6. Tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan tanpa alasan yang kuat
7. Tidak mengerjakan Haji walaupun mampu
8. Derhaka kepada orang tua
9. Memutuskan hubungan silaturahmi
10. Berzina
11. Melakukan Sodomi atau Homoseksual
12. Memakan Riba
13. Memakan harta anak yatim
14. Mendustakan Allah dan rasul-Nya
15. Lari dari medan perang (Jihad)
16. Pemimpin yang penipu dan kejam
17. Sombong
18. Saksi palsu
19. Minum Khamr (Alkohol, Wine dan segala sesuatu yang memabukkan)
20. Berjudi (jangan suka taruhan dalam segala urusan dengan wang)
21. Menuduh wanita baik-baik berbuat Zina
22. Menipu harta rampasan perang
23. Mencuri
24. Merompak
25. Sumpah Palsu (jangan suka terlalu mudah berbicara Demi Allah dalam berbagai urusan)
26. Berlaku Zalim (Menganiaya)
27. Pemungut cukai yang Zalim 
28. Makan dari harta haram
29. Bunuh Diri
30. Berbohong
31. Hakim yang tidak adil
32. Memberi dan menerima rahsuah
33. Wanita yang menyerupai Lelaki dan sebaliknya
34. Membiarkan isteri, anaknya atau anggota keluarganya berbuat kemungkaran
35. Cina Buta (Menikahi wanita yang telah bercerai agar wanita tersebut nantinya akan kembali menikah dengan suaminya terdahulu)
36. Tidak melindungi pakaian dan tubuhnya dari terkena hadas kecil seperti air kencing atau kotoran
37. Riya' (Suka pamer ketika berbuat baik karena mengharap pujian)
38. Ulama yang memiliki ilmu namun tidak mahu mengamalkan ilmunya tersebut untuk orang lain
39. Berkhianat
40. Mengungkit-ungkit pemberian
41. Mengingkari takdir Allah
42. Mencari-cari kesalahan orang lain
43. Menyebarkan Fitnah
44. Mengutuk umat islam
45. Mengingkari janji
46. Percaya kepada sihir dan nujum (termasuk zodiak)
47. Derhaka kepada suami
48. Membuat patung (membuat patung disini maksudnya kalau patung itu untuk disembah atau dipuja sebagai perbuatan syirik)
49. Menamparkan pipi dan meratap jika terkena musibah
50. Menggangu orang lain
51. Berbuat Zalim terhadap yg lemah
52. Menggangu Tetangga
53. Menyakiti dan memaki orang Islam
54. Derhaka kepada hamba Allah dan menggangap dirinya baik
55. Memakai pakaian dengan melabuhkan pakaiannya ke tanah
56. Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
57. Hamba yang lari dari tuannya
58. Sembelihan untuk selain Allah (misal : sembelihan untuk upacara pemujaan)
59. Seseorang yang mengaku bahwa dia itu adalah ayahnya namun dia tahu bahwa itu tidak benar
60. Berdebat dan bermusuhan
61. Enggan memberikan kelebihan air
62. Mengurangi timbangan
63. Merasa aman dari kemurkaan Allah
64. Putus asa dari rahmat Allah (no 63 dan no 64 adalah sifat yang berlawanan namun dimurkai Allah.  Hendaknya kita ambil jalan tengah, karena rasulullah menyukai jalan tengah.)
65. Meninggalkan solat berjemaah di masjid tanpa alasan yang kuat (kaum hawa tidak diwajibkan shalat berjamaah di mesjid)
66. Meninggalkan Sholat Jum’at tanpa alasan yang kuat (hati-hati bagi yang pernah meninggalkan shalat jumat, dalam hadits nabi tidak shalat jumat 3x berturut-turut dianggap keluar dari agama islam)
67. Merebut hak warisan yang bukan miliknya
68. Menipu
69. Mengintip rahasia dan membuka rahasia orang lain (terutama rahasia orang mukmin)
70. Mencela nabi dan para sahabat beliau

Ihsan dari : http://irdhamapriadi.wordpress.com/2010/06/25/kumpulan-dosa-besar-dalam-agama-islam/

Thursday 2 June 2011

Siapakah Sultan Muhammad al-Fatih

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.


Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“ Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera. ”

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda." Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq. Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya. Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

*Ehsan wikipedia

Thursday 19 May 2011

Keberasingan Islam

Assalammualaikum W.B.T

Masa mendengar tazkirah sebelum solat Zohor, Ustaz ada membaca sebuah hadis iaitu:

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman.Syarh Muslim, 1/234).

Sebenarnya kalau kita lihat masa sekarang ini, Islam sudah terasing dalam hidup kita. 

Situasi 1

Sekiranya sebuah taman perumahan mengadakan mesyuarat untuk mengadakan hari terbuka atau hari keluarga, maka ramailah orang akan mencadang kita buat program nyayian, pertandingan futsal atau seupama dengannya. Tiba-tiba ada seorang yang lain mencadangkan untuk buat ceramah agama atau qiamulai, mesti orang lain akan memandang dengan pandangan yang sinis terhadap beliau.


Situasi 2.

Seorang anak perempuan yang baru pulang dari United Kingdom selepas mendapat ijazah di bidang kedoktoran. Kepulangan beliau dengan memakai tudung labuh dan purdah. Kedua ibubapanya pasti akan terkejut dan takut dengan perubahan yang ditonjolkan. Lalu si ibu pun berkata "Mama hantar ina ke UK untuk jadi doktor bukannya jadi ustazah". Tetapi jika seorang anak perempuan yang belajar di sebuah universiti tempatan pulang dengan memakai baju dan seluar ketat pula akan dipuji pula dengan ibunya, "Pandainya ina berfesyen ye".


Situasi 3.

Seorang teman menegur sahabatnya yang asyik bercinta tanpa memikirkan batas halal dan haram. Apa yang akan dijawab oleh sahabatnya. "Sudahlah, kau pun bukannya alim sangat. Hidup kau pun bukanlah perfect sangat, lagipun bila mati nanti kubur lain-lain". 

Situasi 4.

Seorang pakcik menegur anak buahnya yang berpakaian menjolok mata lalu  ditegur pula oleh kakak atau abang kepada pakcik itu, "Kau kena ingat sikit, ko tu ada anak, jangan pandai nak tegur anak orang pulak. Jaga anak sendiri dulu".

Dipinggirkan.

Semua situasi itu adalah sebahagian daripada kisah yang sering berlaku dalam kehidupan kita. Samada kita sedar atau tidak, janji Rasulullah itu benar dengan mengatakan Islam itu akan kembali asing selepas zaman kegemilangannya. Kebiasaanya, jika seseorang itu ingin mempertahankan cara pemikiran sebagai seorang islam, orang itu akan dipulau, disisihkan dan dipinggirkan.

Teringat satu ketika dulu apabila sebuah parti politik islam hendak melaksanakan hukum hudud maka berkata parti politik pemerintah iaitu hudud itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana negara kita berbilang bangsa. Lagipun nak ke kita lihat ramai orang kudung tangannya akibat dipotong tangan kerana mencuri? Dan macam-macam alasan yang tidak masuk akal. Akhirnya apa yang berlaku sekarang akibat tidak melaksanakan hukum Allah? Berlakunya penzinaan dan yang lebih teruk lagi si penzina tidak segan untuk mengaku melaksanakan zina serta sanggup berkongsi cerita dengan rakan-rakannya. Nauzubillah. Bila sudah berzina, yang si perempuan pula akan mengandung dan bila fikiran sudah tidak waras maka dibuangnya bayi itu.


Janji Allah.


Kenapa semua itu berlaku? Bertepatanlah dengan janji Allah iaitu: 


 يا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللهَ يَنْصُرْكُمْ وَ يُثَبِّتْ أَقْدامَكُمْ 

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". (Surah Muhammad ayat ke 7).

Jika kita melaksanakan hukum Allah, pastinya Allah akan memelihara kita kerana Allah telah berjanji. Siapa yang yang boleh berjanji lebih baik daripada janji Allah. Kenapa kita tidak mencuba dulu hukum tersebut dulu? Ini tidak! Kita terlebih dulu mengeluarkan fakta-fakta yang auta tanpa mencuba terlebih dahulu.

Kesimpulannya marilah kita sedaya upaya untuk mempertahankan agama islam yang suci ini. Sebab apa di penghujung hadis mengatakan "Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu". Biarlah kita disingkirkan, dipinggirkan atau diasingkan tetapi Allah redha atas kita. Cukuplah Allah bagi kita. Wasalam

Tuesday 10 May 2011

Seluar Baju Melayu

Kisah ini terjadi di malam hari raya aidilfitri. Si adik sedang asyik mencuba baju melayunya yang akan disarungkan pada keesokkan hari. Sedang si adik asyik mencuba pakaian tersebut, didapati seluar baju melayu terlebih panjang. Lantas si adik pun berjumpa dengan ibunya yang sedang sibuk menyiapkan juadah hari raya. Berkatalah si adik,"Mak, seluar adik nie panjang la, boleh tak mak tolong potong", sambil menunjukkan seluar kepada ibu. Ibunya pun berkata sambil mencekak pinggang,"Adik nie.... Tak nampak ke mak tengah sibuk.... Letaklah kat kat situ nanti mak jahitkan".

Gambar hiasan semata-mata

Si adik itu pun tidak yakin dengan kata-kata ibunya lalu pergi berjumpa dengan kakaknya yang sedang menyiapkan lansir."Aaaaakaaaaakkk.... Boleh tak tolong potong seluar nie, panjang sangat la". Kakak tadi yang sedang leka menyiapkan lansir, terus menengking adik "Ish budak nie, besok nak raya baru nak bagi tahu, semalam taknak pulak cakap. Dah letak kat situ nanti akak jahitkan". Merasakan tidak yakin dengan kata-kata kakaknya, si adik pun pergi mendapatkan bapanya yang baru balik dari masjid. " Abah, boleh tolong adik potongkan seluar nie tak. Panjang sangat la". Bapanya pun tanpa membuang masa terus mengambil gunting dan memotong seluar berkenaan lalu dijahitlah seluar itu. Maka si adik pun gembira dan terus masuk tidur. Sedang adik tidur, kakaknya yang tadi leka menyiapkan lansir pun teringat akan janjinya kepada adik. Diambilnya seluar tadi dan dipotong lagi seluar itu lalu dijahitnya dan si kakak tadi terus tidur. Si ibu pula yang tadi agak sibuk menyiapkan juadah hari raya juga teringat janji kepada anaknya. Lalu si ibu pun memotong seluar berkenaan.

Keesokkan harinya bangunlah si adik dengan hati yang gembira kerana akan memakai baju melayu yang baru. Sesudah mandi, si adik pun menyarung baju melayu, lalu menangis la kerana seluar baju melayu telah menjadi pendek.

Apakah pengajaran yang kita dapat dalam kisah ini. Sebenarnya komunikasi dan kesepakatan adalah penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Jika keluarga ini dapat berkomukasi dan sepakat dengan baik, tentunya seluar baju melayu itu akan sempurna sifatnya. Jika si bapa tadi memotong seluar, si ibu pula menjahit dan si kakak mengosok, tentunya si adik akan lebih gembira dan dapat mempelajari tentang erti kerjasama :)

Monday 9 May 2011

Antara telur, lobak merah dan biji kopi

Apabila manusia ditimpa musibah, manusia sebenarnya ada tiga kategori iaitu mereka memilih menjadi telur atau lobak merah atau biji kopi. Mengapa saya mengatakan begitu? Cuba ambil air panas dan rendamkan tiga-tiga bahan tadi.


Telur - Bila direndamkan dengan air panas, telur yang pada asalnya di dalam bentuk cecair akan menjadi keras.


Lobak merah - Ianya berbeza dengan telur tadi, kalau telur menjadi keras manakala lobak merah ini akan menjadi lembut bila direndamkan dengan air panas.


Biji kopi - Biji kopi ini bila kena dengan air panas, ianya akan merubah bentuk dan warnanya serta akan mengeluarkan aroma yang harum dan sekiranya ditambah dengan gula, maka kopi tersebut sedap diminum.




Apa kaitannya bahan-bahan itu dengan sifat manusia? Baiklah, kita katakan bahawa air panas yang dicurahkan kepada ketiga-tiga bahan tadi adalah musibah. Ada segelintir manusia sifatnya seperti telur, sebelum ditimpa musibah dia adalah seorang yang lembut, berbudi bahasa dan baik serba serbi. Namun apabila ditimpa musibah, dia akan menjadi seorang yang keras hatinya seperti telur yang direndam oleh air panas.


Manakala orang yang sifatnya seperti lobak sebelum ditimpa musibah dialah orang yang kita gelar jaguh. Kehebatannya menjadi buah mulut seluruh kampung. Tetapi apabila ditimpa musibah, dia menyerahkan segala-galanya kepada takdir tanpa cuba untuk berusaha ata berbuat sesuatu demi menyelesaikan masalah yang dihadapi. Orang jenis ini walaupun diberi bantuan, dia akan menolak kerana dia sudah mengangkat bendera putih.


Manusia yang sifatnya seperti biji kopi pula boleh dikatakan sebagai manusia yang mampu untuk menyerap segala musibah yang melanda dan menjadikan musibah itu sebagai titik tolak untuk berjaya. Ramai sebenarnya  yang menjadi manusia yang hebat selepas mereka jatuh. Contoh yang paling terbaik adalah Nabi Muhammad S.A.W. Sebelum dilantik menjadi rasul, beliau dikenali sebagai seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan bangsa Arab Mekkah. Namun apabila beliau menyampaikan ajarannya, beliau dihina dan dicerca serta terpaksa berhijrah ke Madinah. Dan sampai sahaja di Madinah, Rasulullah S.A.W telah dapat menyatukan dua bangsa iaitu muhajirin dan ansar. Kita lihat bagaimana Rasulullah dapat menjadikan penolakan dakwahnya di Mekah sebagai satu keberuntungan di Madinah.


Jika kita susuri kehidupan Adolf Hitler.Beliau pernah memasuki Vienna Academy of Fine Arts untuk menjadi seorang pelukis tetapi gagal dua kali sehingga dibuang dari akademi tersebut. Apabila menyertai tentera di Perang Dunia Pertama, beliau hanyalah sebarang prebet yang ditugaskan untuk menghantar perutusan (semboyan). Namun beliau meningkat sedikit demi sedikit dan akhirnya menjadi seorang yang berkuasa di Jerman.




Kesimpulannya, dalam kehidupan ini kita ibarat seperti roda. Ada ketikanya dibawah dan ada ketikanya di atas. Namun kitalah yang akan mencorak lukisan hidup kita. Seperti firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri sendiri".

Sunday 8 May 2011

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?


"Oh.. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?"

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"


"Allah ada dalam tu?"

"Tak.."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah.. selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

"Erk.. kau betul.."

Thursday 5 May 2011

Lilin dan Belon


Bangun semua. "Selamat Pagi Cikgu". "Selamat pagi murid-murid, silakan duduk", kata cikgu itu sambil mengeluarkan sebatang lilin, pemetik api dan sejumlah belon. Murid-murid berbisik semasa sendiri apakah yang akan dilakukan oleh gurunya itu. Sedang asyik murid-murid bertanya sesama sendiri, lilin pun dinyalakan.
Berkata guru tersebut, "Disebelah tangan kanan saya ada sebiji belon, di hadapan saya ada lilin yang sedang menyala. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan belon ini daripada pecah". Lantas guru tersebut mencecahkan belon ke api lilin. BOOOOOMMM... Maka terkejutlah anak muridnya akibat bunyi belon yang pecah...
Seterusnya guru tadi mengulangi langkah yang sama dan berkata "Disebelah tangan kanan saya ada sebiji belon, di hadapan saya ada lilin yang sedang menyala. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan belon ini daripada pecah" Belon kedua pun pecah. Murid-murid yang tadinya terkejut dengan kejadian belon pertama, mula bercakap-cakap sesama sendiri. "Ish... Kalaulah aku tiup lilin tu tadi mesti belon tak pecah" berkata seorang murid di dalam hatinya.
Apabila guru tadi hendak mengambil belon yang ketiga, murid-murid mula menunjukkan reaksi yang berbeza. Daripada pasif menjadi aktif dengan mengeluarkan kata-kata antaranya, "Cikgu janganlah pecahkan belon lagi", "Tiuplah lilin tu" dan macam-macam lagi yang seumpama dengannya. Cikgu tadi tidak menghiraukan kata-kata murid tadi dan terus mengulangi langkah yang sama. "Disebelah tangan kanan saya ada sebiji belon, di hadapan saya ada lilin yang sedang menyala. Bagaimanakah caranya untuk mengelakkan belon ini daripada pecah". Akhirnya pecah juga belon yang ketiga.
Ketika guru tadi hendak melakukan perkara yang sama untuk belon yang keempat, seorang murid bangun dan terus meniupkan lilin yang sedang bernyala tadi. Maka bertepuklah tangan murid-murid tersebut.

Guru pun berkata "Anak-anak muridku semua, apa yang kita dapat pelajari hari ini adalah sikap-sikap yang ada dalam diri kita sekarang. Lihat pada belon pertama yang pecah, semua orang terkejut dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa. Dan apabila belon-belon yang seterusnya, ramai yang hanya pandai bercakap tanpa mahu berbuat apa-apa. Hanya pada belon keempat sahaja barulah ada yang berani untuk berbuat sesuatu. Ingatlah, untuk menjadi insan yang berjaya dalam pelajaran, kita jangan hanya pandai bermain dengan kata-kata. Contohnya kita berjanji dengan semua orang yang kita hendak berjaya tapi hakikatnya, kita leka dengan bermain video games, facebook dan lain-lain tanpa berusaha untuk mengulangkaji pelajaran. Begitu juga dengan kehidupan kita sehari-hari, jika kita hendak berubah untuk menjadi insan taat dan patuh kepada perintah Allah, kita mestilah melaksanakan suruhannya. Setiap manusia mempunyai cita-cita untuk berjaya dan cemerlang dalam kehidupan. Berjaya atau gagal untuk mencapai hasrat tersebut bergantung sejauh mana usaha dan perancangan yang teliti dan berterusan yang telah dilaksanakan.

Motivasi Pagi - Helang



Helang merupakan sejenis burung yang mempunyai umur yang panjang di dunia. Umurnya boleh mencapai sehingga 70 tahun. Tetapi untuk mencapai umur sepanjang itu seekor helang harus membuat suatu keputusan yang sangat berat pada umurnya yang ke 40. Ketika helang berumur 40 tahun, cakarannya mula lemah, parutnya menjadi panjang dan membengkok hingga hampir menyentuh dadanya. Sayapnya menjadi sangat berat kerana bulunya telah tumbuh lebat dan tebal sehingga sangat menyukarkannya untuk terbang.

Pada masa itu, helang hanya mempunyai dua pilihan iaitu menunggu untuk mati atau mengalami satu proses transformasi yang sangat menyakitkan. Sekiranya memilih untuk melakukan proses transformasi, proses yang panjang itu akan berjalan selama 150 hari. Untuk melaksanakan proses transformasi tersebut, helang harus berusaha keras untuk terbang ke atas puncak gunung untuk membuat sarang di tepi gaung, berhenti dan tinggal di sana selama proses transformasi berlangsung.

Pertamanya, helang harus mematukkan paruhnya pada batu karang sampai paruh tersebut terlepas dari mulutnya, kemudian berdiam beberapa lama untuk menunggu tumbuhnya paruh baru. Dengan paruh yang baru tumbuh, dia harus mencabut satu persatu kuku-kukunya dan ketika kukunya yang baru sudah tumbuh, helang tersebut akan mencabur bulu badannya satu demi satu. Ianya adalah satu proses yang panjang dan menyakitkan. Selepas itu, bulu-bulu helang yang baru sudah tumbuh. Helang mula dapat terbang kembali. Dengan paruh dan cakar yang baru, helang tersebut mulia menjalani 30 tahun kehidupan barunya dengan penuh tenaga.

Dalam kehidupan kita ini, kadangkala kita juga harus melakukan suatu keputusan yang sangat berat untuk memulakan sesuatu proses pembaharuan. Kita harus berani dan mahu membuang semua kebiasaan lama yang mengikat, meskipun kebiasaan lama itu adalah sesuatu yang menyenangkan, melalikan dan melenakan. Kita harus rela untuk meninggalkan tingkahlaku lama kita agar kita dapat mula terbang lagi menggapai tujuan yang lebih baik di masa depan.

Hanya bila kita bersedia melepaskan beban lama, membuka diri untuk berlajar perkara-perkara yang baru, kita baru mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kemampuan kita yang terpendam, mengasah bakat baru dan menatap masa depan dengan penuh kenyakinan.

Halangan terbesar untuk berubah terletak di dalam diri sendiri dan andalah penguasa atas diri anda. Jangan biarkan masa lalu menumpulkan usaha dan melayukan semangat kita. Ayuh, inilah masa untuk berubah :)